Semalam saya bersama team sukarelawan uniSZA telah pergi ke kampung Lakloh Kuala Krai kelantan untuk menyampaikan sedikit bantuan serta gotong royong membersihkan rumah penduduk. Apa yang dapat lihat suasana disana masih lagi dalam keadaan kuncar-kancir walaupun banjir telah beberapa hari surut. Rumah-rumah mereka masih lagi dalam keadaan "bermandikan lumpur". Mereka sudah beberapa hari terputus bekalan air dan elektrik. Hanya bergantung kepada air mineral sahaja. Apa yang dikesalkan ada segelintir yang tidak bertanggungjab, mengambil peluang dalam keadaan masyarakat masih lagi kuncar-kancir, mereka menjual petrol RM 6 seliter.
Memang tidak dinafikan bahawa bantuan dari segi makanan datang tidak putus-putus, sehinggakan perjalanan pulang kami dari kampung lakloh ke bandar Kuala Krai mengambil masa dua jam lebih padahal kebiasaanyan mengambil masa sekitar 45 minit sahaja.