HARI-HARI
YANG PENTING DALAM AGAMA YAHUDI
Sudah
menjadi syarat setiap keyakinan atau kepercayaan yang ada di dunia ini mempunyai ritual-ritual
tertentu yang biasa mereka lakukan dalam ibadat masing-masing. Dengan adanya
ritual-ritual itu, maka lahirlah hari-hari yang tertentu yang dianggap istimewa
dan penting dalam sesebuah umat. Hari yang istemewa itu pula biasanya
diidentitiakan sebagai hari raya yang mana
didalamnya pula terdapat
upacara-upacara khas agama. Selain itu, ia juga biasanya membawa makna yang tertentu dalam agama itu. Diantara hari
yang dianggap penting dalam agama Yahudi ialah:
1.PESTA
PURIM
Secara umumnya ramai yang tidak mengetahui perihal pesta ini. Ia
diraikan sebagai tanda mengingati hari pembebasan nenek moyang mereka di bawah
pemerintahan kuku besi kuasa Parsi. Menurut Book of Esther, pembesar daripada
Parsi merancang untuk membunuh kaum yahudi secara besar-besaran. Akan tetapi
dengan bantuan seorang wanita yang bernama Esther kaum yahudi berjaya
dibebaskan.[1]
Oleh itu, bagi memperingati peristiwa tersebut, kaum yahudi telah mengkhususkan
satu hari dalam setahun untuk menyambut pesta tersebut sebagai salah satu
perayaan bagi mereka.
Pesta ini dirayakan pada musim semi, hari ke 14 dan 15 bulan Adar
(mengikut kelendar Hebrew). Pesta dan kisahnya bermula dari kalangan penduduk
Persia sekitar tahun 465 dan 167 sm dan tersebar diantara orang-orang Yahudi.[2] Kini
dipercayai hanya disambut pada hari ke-15 mengikut bulan Hebrew yang sama oleh
golongan Yahudi yang tinggal di Jurusalem atau lebih kenali sebagai Baitul
Maqdis di Palestin.
Pada pesta itu, semua penganut Yahudi akan minum sepuas-puasnya
sampai mabuk sehinggakan tidak mampu
untuk mengira angka-angka.[3] Ia
didoktrinkan secara khusus sepertimana yang diwajibkan oleh rabbi-rabbi yahudi
sejak dahulu lagi. Kejanggalan ini bukan satu yang pelik bagi masyarakat
Yahudi, bahkan rabbi mereka yang alim sekalipun akan ‘cuba’ memabukkan diri
mereka sendiri semasa Pesta Perayaan Purim.
2.HARI RAYA PONDOK DAUN
Hari raya pondok daun atau perayaan Tabernakal merupakan salah satu perayaan
dalam yahudi. Ia merupakan perayaan bagi menunjukkan rasa syukur bagi Israel atas hasil tanaman yang dirayakan
pada bulan purnama diantara bulan September dan oktober.[4]
Boleh juga dikatakan bahawa secara tepatnya perayaan ini disambut pada 15
Tyisri mengikut kelendar Yahudi.[5]
Setiap keluarga Yahudi akan membina sebuah pondok yang mempunyai
tiga dinding dan atap yang diperbuat
daripada ranting-ranting dan dedaun.[6]
Pondok-pondok itu dibina bagi menyambut enam tetamu khas iaitu Ishak, Daud,
Abraham, Yackub, Musa dan Yusof serta
mempercayai bahawa meraka akan mendiami pondok tersebut selama pesta itu
dijalankan.[7]
PERSIAPAN SEBELUM PERAYAAN PONDOK DAUN
Sebelum pesta ini dirayakan, setiap daripada keluarga Yahudi akan
menyiapkan sebuah pondok. Setelah pondok disiapkan, meraka akan menyediakan
empat jenis tanaman iaitu buah limau, ranting pohon dedalu (willow), daum palem
dan cabang pohon Myrtle untuk diletakkan dalam sukkah (pondok) tersebut.[8] Antara ciri-ciri sukkah (pondok) yang perlu
dipenuhi seperti berikut:
·
Dibuat dengan tiga
dinding serta tahan daripada agin kencang.[9]
·
Bahagian atap adalah
bahagian terakhir dibuat dan mestilah diperbuat dari bahan-bahan yang berasal
daripada tanaman.[10]
·
Bahagian atap
mestilah terbuka sedikit.[11]
Proses pemberkatan dilakukan
di dalam sinagoge (tempat ibadat orang Yahudi) dengan membawa ikatan buah limau, ranting
pohon dedalu (willow), daum palem dan cabang pohon myrtle yang telah
dipersipkan sebelum ini kedalam sukkah (pondok)
untuk diberkati.[12]
Selepas itu, mereka akan merabai-rambaikan ikatan tersebut sambil berdoa supaya
apa yang mereka ramal mempengaruhi kehidupan mereka. Selain itu, mereka juga
berdoa supaya hujan yang akan turun ini sebagai pembawa berkat untuk kehidupan yang
ada di muka bumi ini.[13]
Sepanjang perayaan ini berlansung umat Yahudi diharuskan untuk
makan bersama di dalam sukkah tersebut serta menghabiskan masa sepanjang hari
di dalamnya. Akan tetapi Yahudi moden pada hari ini hanya melakukan ritual makan bersama sahaja dan tidak
menghabiskan masa sepanjang hari di dalam sukkah(pondok). Apabila hujan turun,
mereka diperbolehkan untuk tidak melakukan ritual makan bersama di dalam
sukkah(pondok) tersebut. Para keluarga Yahudi juga diajak untuk berkumpul
bersama-sama sanak saudara serta teman bagi sama-sama menyambut pesta perayaan
pondok daun ini.[14]
3. ROSH HASHANAH
Ini juga merupakan hari raya bagi Yahudi yang berbentuk tahun baru,
dan juga di kenali sebagai hari pengadilan atau penghakiman (Yom Hadim)[15]
kerana pada hari inilah tuhan mereka, Yahweh (tuhan Yahudi) akan mengampunkan
bagi mereka yang memohon keampunan teehadap dosa-dosa yang telah mereka
lakukan. Perayaan ini juga dikenali sebagai hari Sangkala (terompet)
atau Shofar yang merupakan sebuah peristiwa dari nasional atau perayaan
agama yan khas.[16]
Dalam Bahasa Ibrani Rosh Hashanah ini juga sering disebut sebagai Yom
Teruah yang bermaksud perayaan tahun baru.
Hari raya ini disambut pada setiap tanggal 1 dan 2 bulan Thisrei, bulan
ke-7 dalam kelendar Yahudi (bulan ke-1 dalam Nisan).[17]
Rosh Hashanah juga dipercayai sebagai hari Sabat pada saat
perciptaan bumi dilakukan, dan berlaku dalam masa dua hari. Pada kebiasaanya,
mereka akan makan yang dicelup pada madu pada hari perayaan. Hal ini
menunjukkan harapan tahun baru yang baik dan ‘manis’.
Pada hari raya tersebut,orang-orang yahudi percaya bahawa kehidupan
di dunia ini sedang menghampiri Tuhan seperti sekawan biri-biri. Mereka yang
dianggap baik, akan ditulis namanya dalam Buku Kehidupan, sementara meraka yang
tidak, akan dicatat namanya di dalam Buku Kematian.[18]
[1]
Dianne Bergant, Tafsir al-Kitab Perjanjian Lama, hlm. 387-388
[2]
Ibid. hlm. 387
[3]
Rasid Racman. Hari Raya Liturgi. hlm. 25
[5] R.J. Zwi
Werblowsky dan Geoffry Wigoder.1997.The Oxford Dictionary of The Jewish
Religion.New York:Oxford University Press.hlm 659-660
[12] Jacob
Heusner, Alan J. Avery-Peck, William Scott Green.1999.The Encyclopedia of
Judaism.New York:The Continuum Publishing Company.hlm 46-47.
[14] George
Robinson. 2000.Essential Judaism: a complete guide to beliefs, customs and
rituals. New York:Pocket Books.
[15] HM.
Arifin. Menguak Misteri Ajaran-Ajaran Agama Besar. Jakarta: Golden T errayon Press. Hlm. 130
[16]
Frank DiMora. The Last Chronicles of Planet Eart. Hlm 3
[17]
Michel Keene. Agama-agama Dunia. Hlm 58-59
[18] HM.
Arifin. Menguak Misteri Ajaran-Ajaran Agama Besar. Jakarta: Golden &Terrayon Press. Hlm. 129