Monday, 23 March 2015

Hari-hari yang penting dalam agama yahudi

HARI-HARI YANG PENTING DALAM AGAMA YAHUDI

Sudah menjadi syarat setiap keyakinan atau kepercayaan  yang ada di dunia ini mempunyai ritual-ritual tertentu yang biasa mereka lakukan dalam ibadat masing-masing. Dengan adanya ritual-ritual itu, maka lahirlah hari-hari yang tertentu yang dianggap istimewa dan penting dalam sesebuah umat. Hari yang istemewa itu pula biasanya diidentitiakan sebagai hari raya yang mana  didalamnya pula  terdapat upacara-upacara khas agama. Selain itu, ia juga biasanya membawa makna  yang tertentu dalam agama itu. Diantara hari yang dianggap penting dalam agama Yahudi ialah:


1.PESTA PURIM
Secara umumnya ramai yang tidak mengetahui perihal pesta ini. Ia diraikan sebagai tanda mengingati hari pembebasan nenek moyang mereka di bawah pemerintahan kuku besi kuasa Parsi. Menurut Book of Esther, pembesar daripada Parsi merancang untuk membunuh kaum yahudi secara besar-besaran. Akan tetapi dengan bantuan seorang wanita yang bernama Esther kaum yahudi berjaya dibebaskan.[1] Oleh itu, bagi memperingati peristiwa tersebut, kaum yahudi telah mengkhususkan satu hari dalam setahun untuk menyambut pesta tersebut sebagai salah satu perayaan bagi mereka.
Pesta ini dirayakan pada musim semi, hari ke 14 dan 15 bulan Adar (mengikut kelendar Hebrew). Pesta dan kisahnya bermula dari kalangan penduduk Persia sekitar tahun 465 dan 167 sm dan tersebar diantara orang-orang Yahudi.[2] Kini dipercayai hanya disambut pada hari ke-15 mengikut bulan Hebrew yang sama oleh golongan Yahudi yang tinggal di Jurusalem atau lebih kenali sebagai Baitul Maqdis di Palestin.
Pada pesta itu, semua penganut Yahudi akan minum sepuas-puasnya sampai mabuk sehinggakan  tidak mampu untuk mengira angka-angka.[3] Ia didoktrinkan secara khusus sepertimana yang diwajibkan oleh rabbi-rabbi yahudi sejak dahulu lagi. Kejanggalan ini bukan satu yang pelik bagi masyarakat Yahudi, bahkan rabbi mereka yang alim sekalipun akan ‘cuba’ memabukkan diri mereka sendiri semasa Pesta Perayaan Purim.

2.HARI RAYA PONDOK DAUN
Hari raya pondok daun atau perayaan  Tabernakal merupakan salah satu perayaan dalam yahudi. Ia merupakan perayaan bagi menunjukkan rasa syukur  bagi Israel atas hasil tanaman yang dirayakan pada bulan purnama diantara bulan September dan oktober.[4] Boleh juga dikatakan bahawa secara tepatnya perayaan ini disambut pada 15 Tyisri mengikut kelendar Yahudi.[5]
Setiap keluarga Yahudi akan membina sebuah pondok yang mempunyai tiga dinding dan atap  yang diperbuat daripada ranting-ranting dan dedaun.[6] Pondok-pondok itu dibina bagi menyambut enam tetamu khas iaitu Ishak, Daud, Abraham,  Yackub, Musa dan Yusof serta mempercayai bahawa meraka akan mendiami pondok tersebut selama pesta itu dijalankan.[7]
PERSIAPAN SEBELUM PERAYAAN PONDOK DAUN
Sebelum pesta ini dirayakan, setiap daripada keluarga Yahudi akan menyiapkan sebuah pondok. Setelah pondok disiapkan, meraka akan menyediakan empat jenis tanaman iaitu buah limau, ranting pohon dedalu (willow), daum palem dan cabang pohon Myrtle untuk diletakkan dalam sukkah (pondok) tersebut.[8]  Antara ciri-ciri sukkah (pondok) yang perlu dipenuhi seperti berikut:
·         Dibuat dengan tiga dinding serta tahan daripada agin kencang.[9]
·         Bahagian atap adalah bahagian terakhir dibuat dan mestilah diperbuat dari bahan-bahan yang berasal daripada tanaman.[10]
·         Bahagian atap mestilah terbuka sedikit.[11]
 Proses pemberkatan dilakukan di dalam sinagoge (tempat ibadat orang Yahudi)  dengan membawa ikatan buah limau, ranting pohon dedalu (willow), daum palem dan cabang pohon myrtle yang telah dipersipkan sebelum ini kedalam sukkah (pondok)  untuk diberkati.[12] Selepas itu, mereka akan merabai-rambaikan ikatan tersebut sambil berdoa supaya apa yang mereka ramal mempengaruhi kehidupan mereka. Selain itu, mereka juga berdoa supaya hujan yang akan turun ini sebagai pembawa berkat untuk kehidupan yang ada di muka bumi ini.[13]
Sepanjang perayaan ini berlansung umat Yahudi diharuskan untuk makan bersama di dalam sukkah tersebut serta menghabiskan masa sepanjang hari di dalamnya. Akan tetapi Yahudi moden pada hari ini hanya melakukan  ritual makan bersama sahaja dan tidak menghabiskan masa sepanjang hari di dalam sukkah(pondok). Apabila hujan turun, mereka diperbolehkan untuk tidak melakukan ritual makan bersama di dalam sukkah(pondok) tersebut. Para keluarga Yahudi juga diajak untuk berkumpul bersama-sama sanak saudara serta teman bagi sama-sama menyambut pesta perayaan pondok daun ini.[14]
3. ROSH HASHANAH
Ini juga merupakan hari raya bagi Yahudi yang berbentuk tahun baru, dan juga di kenali sebagai hari pengadilan atau penghakiman (Yom Hadim)[15] kerana pada hari inilah tuhan mereka, Yahweh (tuhan Yahudi) akan mengampunkan bagi mereka yang memohon keampunan teehadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Perayaan ini juga dikenali sebagai hari Sangkala (terompet) atau Shofar yang merupakan sebuah peristiwa dari nasional atau perayaan agama  yan khas.[16]
Dalam Bahasa Ibrani Rosh Hashanah ini juga sering disebut sebagai Yom Teruah yang bermaksud perayaan tahun baru.  Hari raya ini disambut pada setiap tanggal 1 dan 2 bulan Thisrei, bulan ke-7 dalam kelendar Yahudi (bulan ke-1 dalam Nisan).[17]
Rosh Hashanah juga dipercayai sebagai hari Sabat pada saat perciptaan bumi dilakukan, dan berlaku dalam masa dua hari. Pada kebiasaanya, mereka akan makan yang dicelup pada madu pada hari perayaan. Hal ini menunjukkan harapan tahun baru yang baik dan ‘manis’.
Pada hari raya tersebut,orang-orang yahudi percaya bahawa kehidupan di dunia ini sedang menghampiri Tuhan seperti sekawan biri-biri. Mereka yang dianggap baik, akan ditulis namanya dalam Buku Kehidupan, sementara meraka yang tidak, akan dicatat namanya di dalam Buku Kematian.[18]




[1] Dianne Bergant, Tafsir al-Kitab Perjanjian Lama, hlm. 387-388
[2] Ibid. hlm. 387
[3] Rasid Racman. Hari Raya Liturgi. hlm. 25
[4] Rasid Rachman.2005.Hari Raya Liturgi. Jakarta:PT BPK Gunung Mulia. Hlm.22
[5] R.J. Zwi Werblowsky dan Geoffry Wigoder.1997.The Oxford Dictionary of The Jewish Religion.New York:Oxford University Press.hlm 659-660
[6] Rasid Rachman.2005.Hari Raya Liturgi. Jakarta:PT BPK Gunung Mulia. Hlm.22
[7] Ibid. hlm 22
[8] Ann Morrill.2009.Thanksgiving and Other Harvest Festivals.China.print Matters, Inc.. hlm 21-23
[9] Ibid. hlm 21-23
[10]Ibid. hlm. 21-23
[11] Ibid. hlm. 21-23
[12] Jacob Heusner, Alan J. Avery-Peck, William Scott Green.1999.The Encyclopedia of Judaism.New York:The Continuum Publishing Company.hlm 46-47.
[13]Ibid. hlm 46-47
[14] George Robinson. 2000.Essential Judaism: a complete guide to beliefs, customs and rituals. New York:Pocket Books.
[15] HM. Arifin. Menguak Misteri Ajaran-Ajaran Agama Besar. Jakarta: Golden  T errayon Press. Hlm. 130
[16] Frank DiMora. The Last Chronicles of Planet Eart. Hlm 3
[17] Michel Keene. Agama-agama Dunia. Hlm 58-59
[18] HM. Arifin. Menguak Misteri Ajaran-Ajaran Agama Besar. Jakarta: Golden  &Terrayon Press. Hlm. 129

No comments:

Post a Comment