PENGEMBARAAN
IMAM NAWAWI
Kerana kecergasan dan kebaikan yang
ada pada Imam Nawawi dari sejak kecil
lagi telah diramal oleh ulama, akan menjadi penegak agama. ketika sedang duduk
dengan ayahnya, beliau dinasihati supaya rajin membaca al-quran , maka bermulalah
beliau menghafal al-quran sambil mendekati para ulama untuk meneladani akhlak dan kebiasan mereka. Kebiasaan bermain
ditinggalkan oleh Imam Nawawi walaupun
telah diajak oleh kawan-kawan beliau
sehingga beliau menangis kerana dipaksa untuk bermain.
Ketika umur 19 tahun Imam
Nawawi dibawa oleh ayahnya ke Damsyik
(Syria) untuk menuntut ilmu di al-Madrasah
Al-Rawahiyyah. Di sini, beliau menghafal kitab Tanbih al-Syirazi
dalam masa 4 bulan setengah dan menghabiskan bakinya digunakan untuk menghafal
satu perempat daripada kitab al-Muhazzab
iaitu dalam bab ibadat.
BELAJAR 12 SUBJEK SEHARI
Beliau belajar dari
pagi hingga ke malam. Beliau belajar 12 subjek dalam sehari, meliputi pelbagai
disiplin ilmu dengan ramai guru. Kebetulan pada zaman beliau, ramai ilmuan
terkenal. Jadual beliau yang begitu padat dalam belajar ini, di samping banyak masa dihabiskan dengan mengarang,
memberi komentar, menghurai atau beribadah pada waktu tengah malam sehingga
tiada waktu untuk aktiviti-aktiviti lain.
Murid Imam Nawawi iaitu, Ibnu
al-‘Attar ada menceritakan tentang Imam Nawawi ketika berada di alam pengajian.
Setiap hari, Imam Nawawi menghadiri 12
kelas pengajian dengan gurunya ; dua kelas mempelajari kitab al-wasit
karya Imam Ghazali, satu kelas kitab al-Muhazzab karya as-Syairazi,
satu kelas kitab al-Jam’u baina as- shahihain karya al-Humaidi,
satu kelas kitab shahih Muslim, satu kelas kitab al-Luma’
karangan Ibnu Jinni dalam Ilmu Nahu, satu kelas kitab Islah Mantiq
karangan Ibnu as-Sikkit dalam ilmu lughah, satu kelas pengajian soraf,
satu kelas pengajian Usul Fiqh, satu kelas pengajian Asma’
al-Rijal dan satu kelas dalam pengajian Usuluddin. Kemudian
beliau membuat semua catatan gurunya dan
mensyarahkan sesuatu kemusykilan atau menerangkan ungkapan dan istilah yang susah untuk difahami.
Gemar beliau kepada
ilmu mengatasi yang lain. Justeru, tidak pelik dalam jangka waktu sekitar 6
tahun sahaja belajar, Imam Nawawi sudah menguasai pelbagai disiplin ilmu. Kegigihan
beliau dalam belajar membuatkan beliau tidak sempat untuk berfikir tentang soal
perkahwinan. Beliau meninggal dalam usia yang begitu muda, iaitu pada usia 45
tahun dalam keadaan masih bujang, tetapi meninggalkan legasi ilmu warisan
beliau bermanfaat dan terus dijadikan panduan hingga zaman ini.
KARYA-KARYA IMAM
NAWAWI
DALAM BIDANG HADIS
·
Al-Arba'in An-Nawawiyah
·
Riyadhus Shalihin.
·
Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim)
·
At-Taqrib wat Taysir fi Ma’rifat Sunan Al-Basyirin Nadzir
DALAM BIDANG FIQH
·
Minhaj ath-Thalibin
·
Raudhatuth Thalibin,
·
Al-Majmu` Syarhul Muhazzab
·
Matan al-Idhah fi al-Manasik
DALAM BIDANG BAHASA
·
Tahzibul Asma’ wal Lughat.
DALAM BIDANG AKHLAK
·
At-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran
·
Bustanul Arifin,
·
Al-Azkar
KARYA IMAM NAWAWI DAN LAIN-LAIN
·
Tahzib al-Asma
·
Ma Tamas Ilaihi Hajah al-Qari li Shahih al-Bukhari
·
Tahrir al-Tanbih
·
Adab al-Fatwa wa al-Mufti wa al-Mustafti
·
At-Tarkhis bi al-Qiyam
Selepas imam Nawawi meninggal dunia, sebelum sempat menyiapkan
kitabnya yang terkenal, al-Majmu’, beberapa orang sarjana Islam menyambung
penulisannya. Antaranya Syeikh Taqiyuddin as-Subki. Beliau menyebut satu
perkara penting tentang rahsia kehebatan Imam Nawawi dalam menghasilkan karya
penulisan. Kata beliau, untuk menulis seperti hebatnya Imam nawawi menulis,
memerlukan 3 perkara, iaitu :
- Faragh al-bal wattisa’ azzaman (akal yang tidak banyak memikir hal
lain dan kelapangan masa). Imam Nawawi memenuhi ciri tersebut kerana
beliau tidak beisteri dan
bekeluarga.
- Mengumpulkan semua kitab yang boleh
membantu meneliti pandangan-pandangan para ilmuan dan sarjana Islam. Imam
Nawawi berjaya melakukan yang demikian kerana kemudahan yang ada di
tempatnya pada masa itu.
- Niat yang baik, bersifat wara’ dan zuhud
serta amal soleh yang menyinari
hidupnya. Keikhlasan ini adalah
asas utama dalam hidup beliau dalam memastikan apa yang beliau
lakukan semata-mata hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.
KEWARAKAN IMAM NAWAWI
Imam Nawawi dalam menjaga kesucian ilmunya, beliau amat menjaga dalam
makan dan minum serta tidak menggunakan sebarangan barang dan dalam hal-hal
yang lain. Beliau hanya makan makanan yang disediakan oleh pihak Madrasah
al-Rawahiyyah ataupu makanan yang dikirim oleh ayah dari kampung. Kadang-kadang,
dengan rezeki tidak banyak itu, beliau jugamasih lagi bersedekah kepada fakir
miskin. Pada waktu malam digunakan untuk beribadat kepada Allah serta mengarang
kitab.
RUJUKAN
1.
Drs. Tarmana Ahmad Qosim, Menjaga Kemulian Al-Quran Adab dan
Tata-Caranya, Bandung : Penerbit
Al-Bayan,1996
2.
Hairul Idham @ Ramadhan Awang
et al., Pewaris Anbia Personaliti Tersohor Sejak 571 Hingga Kini,
Percetakan Zafar Sdn Bhd, 2013.
3.
Muhammad Hafiz Mat Tajuddin, Personaliti Ilmuan Islam Berjaya, Kuala
Lumpur : Pelima Media Sdn Bhd, 2012.
4.
Syed Ahmad Semait, Tata-Tertib Pengajian Al-Quran, Singapura :
Pustaka Nasional Ptle Ltd Singapura, 1999.
No comments:
Post a Comment