Dakwah melalui penulisan ini bukanlah suatu perkara yang baru.
Bahkan ianya sudahpun dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW selepas baginda
pulang dari Hudaibiyyah lalu mengutuskan surat kepada para Raja untuk menyeru
mereka kepada Islam. Ini adalah bukti
bahawa pendekatan yang dilakukan oleh Rasullulah melalui tulisan merupakan
salah satu cara untuk menyampaikan dakwah.
Itu adalah merupakan satu kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah
Saw yang perlu difahami untuk dikembangkan.
Dakwah melalui penulisan ini seharusnya difahami kerana ia cukup
luas. Tulisan bukan lagi berbentuk surat
seperti yang dilakukan oleh Rasulullah tetapi ianya mencakupi pelbagai cara
lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknolologi yang ada sekarang ini seperti
telegram, whatsApp, facebook, wechat dan sebagainya. Seharusnya para pendakwah mengambil peluang
ini supaya apa yang nak disampaikan kepada masyarakat dapat dikembangkan dan
disebar luaskan lagi.
Kepesatan dan perkembangan teknologi sekarang ini seharusnya
mendorong aktiviti dakwah melalui
penulisan berkembang dengan lebih luas lagi. Dengan kata lain kita seharusnya
menggunakan sebaik mungkin teknologi yang ada dalam menyebarkan Islam. Ditambah
pula dengan statistik menunjukkan rakyat
Malaysia menghabiskan masa 3 hingga 5 jam sehari dia alam maya.
Melalui penulisan juga
menjadikan apa yang disampaikan berkekalan berbanding penyampaian lisan. Mungkin pendengar akan
melupai apa mereka dengar tetapi melaui penulisan menyebabakan ianya akan
diigati selagi tulisan itu tidak hilang. Para penulis harus memberikan sesuatu
yang bermanfaat kepada para pembaca. Berikan kepada mereka sesuatu yang berilmu
serta dapat merangsang kecenderungan
untuk berfikir.
Tetapi harus diingat, kita hendaklah berlaku jujur dengan apa yang
ditulis. Bila kita mengemukakan fakta, biarlah fakta itu tepat dan betul. Bila
kita memberikan hujjah ataupun dalil, biarlah dalil itu bertetapan dengan apa
benda yang dibincangkan. Bukan sewenang-wenangnya kita meletakan sesuatu
perkara tanpa ada sandaran atau asas yang kukuh. Jika perkara ini berlaku
dibimbangi akan menyebabkan berlaku salah faham masyarakat terhadap Islam yang
mana menyalahi objektif asal berdakwah iaitu menyebarkan keindahan Islam. Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment