7 Cara Fokus
Dalam Belajar: Rahsia Jadi Pelajar Terbaik
Nak berjaya memang tak mudah
Kena banyak ilmu. Dari belajar kita dapat banyak ilmu. Tapi
untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus.
Apa jadi bila tak fokus?
Kita akan membazir masa. Contohnya, ada 2 jam untuk belajar
tapi yang betul-betul kita fokus hanya 15 minit.
Mana hilang masa yang lain? Haaa, terbuang layan FB dan
Whatsapp, berborak dengan kawan, tengok tv dan lain-lain. Akhirnya, tak
tahu 2 jam tu dapat belajar apa je,
Orang yang tak fokus akan gagal. Setiap orang pernah gagal.
Setiap kali gagal, kita perlu teruskan perjuangan. Muhasabah diri dan cari
punca kenapa kita gagal. Seorang Motivator,
Puan Lyna Noh ada jawapan bagaimana BANGKIT dan muhasabah diri dari
kegagalan.
Cara nak fokus boleh belajar. Penting sangat kita tahu cara
betul untuk fokus. Lebih Fokus, lebih banyak masa effektif kita, lebih banyak
kita belajar dan tak mudah panik di saat-saat akhir.
Jom Semak 7 Cara untuk Fokus dalam Belajar.
Cara #1: Cari tempat belajar yang sesuai.
Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat
yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv,
komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan
network internetnya.
Cara #2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.
Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah
sedia ada. Pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya. Ia adalah sangat
mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan
tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang
tau.
Cara #3: Cari teman belajar
Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak
hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk
belajar yang ada kesungguhan dan fokus.
Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa
sebab berborak sahaja. Rugi!
Tips pilih teman belajar:
1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda
seorang ekstrovert (suka bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar
bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda
mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman
anda seorang yang suka berbual.
2) Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak
remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar
yang jauh lebih positif.
Cara #4: Pilih snek sesuai
Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia
boleh lemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah
bagus untuk kekal cerdas, mungkin kekacang ringkas juga.
Cara #5: Take 5
Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar
45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil
masa lebih lama dari 20 minit.
Tips berehat:
1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul
berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.
2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk
recharge selepas proses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk
berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.
Cara #6: Rasakan Bahang Motivasi
Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika
ulangkaji dengan set minda dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan
peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan cabar diri anda untuk
capai sesuatu untuk peperiksaan,
Tips kekal motivasi:
1) Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak
mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita
sendiri sedang capai.
2) Sogok dengan hadiah. Diri kita juga akan terdorong untuk
fokus belajar bila ada hadiah.
"Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku akan
pergi belikan 2 pasang jeans untuk diri sendiri". Simple step, tapi mana
tahu berkesan kan?
3) Cakap pada diri sendiri yang belajar itu penting.
Sentiasa ingatkan diri sendiri, dengan belajar anda boleh capai banyak benda
baik. Mungkin dengan pencapaian yang baik, membolehkan anda mudah dapat kerja.
Mungkin dengan 4.0 flet, anda tak perlu lagi bayar pinjaman pendidikan.
Ingatkan sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda buat.
Cara #7: Duduk dan Belajar
Dah cuba cara 1 - Cara 6? Jadi, anda dah bersedia untuk
belajar. Gunakan Flash card untuk tulis nota. Buat nota dalam bentuk poin
penting supaya senang nak ingat. Susun ikut topik untuk mudah di baca
Guna mnemonic singkatan. Contoh jika nak ingat kod warna
untuk perintang (Elektronik), anda boleh hafal ringkasan cerita HAJI PAK MAT
ORANG KAYA HENDAK BELI UBI KAYU PUTIH di mana setiap huruf pertama dalam
perkataan tersebut adalah mewakili warna perintang. Mudah nak ingat kan?
Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep
penting perlu difahami sebelum mengingati tajuk kecil.
Cara belajar yang berkesan boleh jimatkan masa. Study Smart
lebih baik dari Study Hard.
sumber : http://www.wikihow.com/Focus-on-Studying
No comments:
Post a Comment