Doa yang Menyentuh Hati
اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان
الرجيم...بسم الله الرحمن الرحيم الحمد
لله رب العالمين وبه نستعين والصلاة والسلام على رسولك ونبيك محمد صلى لله عليه
وسلم
يا منزل الكتاب يا الله ويا مجري السحاب يا الله
ويا هازم الاحزاب يا الله ويا منزل الرحمة يا الله
اسمع دعائنا يا الله انك انت السميع العليم
Ya Allah kami mohon pada Mu Ya Allah, mengambil keberkatan majlis ilmu dalam program ini Ya Allah, di dalam majlis ilmu di mana di turunkan rahmat oleh Mu, dinaungi para malaikah, kami yakin dan sebenar-benar iman bahawa ia sedang terjadi Ya Allah, maka dengarlah doa ini yang maha mendengar as-Sami’ ya Allah dengarlah permintaan ini Ya Mujib Ya Allah.
Ya Allah
ampunkan kami Ya Allah dalam majlis ini Ya Allah hinggakan apabila kami keluar
dari majlis ini Ya Allah tiada lagi sebarang dosa walau setimbang zarah pun Ya
Allah. Andai kata di kalangan kami ada yang gundah-gulana gembira ceriakan
hidupnya, jika ada yang sakit sembuhkan semua sakitnya, jika ada yang
menanggung keaiban tutup lah aibnya Ya Satar ul-Uyub, jika ada yang menanggung
bebenan hutang-piutang rezekikan padanya rezeki yang halal lagi barakah banyak
melimpah ruah dan berpanjangan hingga selesai kewajipannya dapat pula dia
berzakat, berwakaf, berinfaq, berjariah ke jalan yang Engkau redhai, Ya Allah
andai dia punya sebarang hajat dan permintaan pada Mu Ya Allah kabulkan
permintaannya.
Ya Allah
Huya Rahman Huya Rahim, ampunkan seorang wanita yang pernah kami tumpangi
rahimnya, 9bulan 10 hari lamanya, wanita itu telah melahirkan kami hingga koyak
isinya Ya Allah, luka kulitnya Ya Allah, tumpah darahnya Ya Allah, bercucuran
air matanya menahan sakit dan derita, itulah ibu kami Ya Allah, demi Al Quran
yang kami baca keberkatannya ampunkan ibu itu Ya Allah, ampunkan ibu yang tidak
pernah kenyang makan minumnya kerana mengenyangkan kami, ampunkan ibu yang
tidak pernah lena tidurnya kerana melenakan tiduran kami, ampunkan ibu yang tak
nak berkisah langsung dengan sihat sakitnya kerana menjaga kebajikan kami,
ampunkan ibu… mulia sungguh dirinya, sudi membasuh mencuci kotoran dan najis
kami Ya Allah, tidak pernah pula dia mengungkit dan bersungut Ya Allah,
ampunkan ibu yang tangan lembutnya selalu mengusap rambut dan juga wajah kami, hari ini
wajahnya Nampak urat-urat tua memamah dirinya Ya Allah, Ya Allah ampunkan pula
seorang lelaki yang di bin binti kan nama kami dengan namanya, itulah ayah kami
Ya Allah, manusia yang mengajarkan kami “ash hadu alla ilaha illallah asyhadu
anna muhammad rasulullah” dengannya kami kenal ketegasan di dunia ini, kami
kenal peraturan dan manhaj hidup ini Ya Allah, kami kenal Engkau Tuhan kami,
kami kenal Nabi Mu utusan Mu Ya Allah, kami kenal bahawa akidah yang sebenarnya
mesti dipegang hingga akhir hayat kami Ya Allah, Ya Allah ampunkan ayah yang
kami selalu tidak memahami dirinya, ampunkan ayah yang air matanya hanya untuk Mu, resah gelisahnya diceritakan hanya
pada Mu rahsianya hanya Engkau yang tahu, ampunkan ayah yang bertanya khabar
melalui lisannya ibu, yang menghulurkan wang saku melalui lembutnya tangan ibu,
yang selalu memandang kami ketawa kecil tersenyum lebar dari jauh tetapi pabila
didekati wajahnya tegas mendidik kami Ya Allah, andai kata mereka berdua masih
ada, Engkau sihatkan mereka, panjangkan umur mereka dalam kebajikan dan
kewarasan ya Allah, tambah padanya ketabahan dan keimanan, ketaqwaan ya
arrahman rahimi. Andai kata Engkau ingin mengambil dia mereka berdua dari kami,
jangan Engkau sakiti mereka Ya Allah, jangan sakarat itu membebankan mereka Ya
Allah, seperti mereka selalu mendodoi kami Ya Allah, lembutkanlah urusan itu Ya
Allah. Andai mereka telah pergi bertemu dengan Mu lapangkan kuburan mereka,
indahkan mereka dari kegelapan liang lahad ke dalam syurga Mu yang luas nya
tidak terperi, kurniakan mereka nikmat yang abadi.
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ
السَّمِيعُ الْعَلِيمُ وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ وصلي على
سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين
#Diambil dan diedit daripada Rancangan Al-Kuliyyah Tv 3
No comments:
Post a Comment