Tuesday, 20 December 2016

Siapa di sebalik krisis Syria, Iraq dan lain-lain

SIAPA DISEBALIK KRISIS SYRIA, IRAQ DAN LAIN-LAIN

Kita berada dalam bencana politik gelap gelita dan mengelirukan. Berita tersebar melalui media sosial dalam ruang lingkup langit terbuka, tetapi ramai yang memperkecilkan petunjuk Al-Quran supaya bertabayyun.
Apa yang membakar bumi Aleppo dan menjadi berita hangat terkini terdengar laksana pencuri memekik perkataan “pencuri” di tengah suara orang yang mengejarnya di waktu malam gelap, memudahkan pencuri sebenar melepaskan diri sambil melaungkan perkataan pencuri.
Beberapa tahun lalu, ketika berputiknya krisis yang membakar bumi Syria kini, beberapa media negara Arab termasuk Al Jazeera paling menyerlah melaporkan penglibatan pihak perisikan Negara Arab (di antara nama yang disebut ialah Putera Bandar bin Sultan, mantan Duta Saudi di Amerika dan mantan Ketua Perisikannya) terlibat menghantar kalangan pelampau ke Syria supaya tercetusnya kekacauan.
Syria adalah negara terdekat di kalangan negara Arab yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo bagi mewujudkan perdamaian dengan negara haram Israel tanpa peduli terhadap bumi Palestin yang dirompak dan rakyatnya yang menjadi mangsa. Iran selepas Revolusi Islam walaupun dilabelkan Syiahnya, adalah kalangan negara Islam yang menentangnya setelah membatalkan pengiktirafan terhadap Israel dan terus memutuskan hubungan biarpun diikat di zaman Shah. Iran telah mengambil manfaat daripada Syria di bawah pemerintahan Parti Baath yang berkrisis dengan Parti Baath Iraq pimpinan Saddam Husain di mana Iraq dibantu negara Barat untuk menyerang Iran dengan sokongan Negara Arab khususnya negara Teluk.
Almarhum Necmettin Erbakan mantan Perdana Menteri Turki menyokong Iran membantu perjuangan Palestin dan menasihatkan kumpulan Islam Syria supaya tidak berhadapan secara keras dengan kerajaannya kerana mendahulukan perjuangan Palestin. Almarhum juga menasihatkan Iran memajukan sains dan teknologinya di mana selepas itu berlaku gerakan membunuh saintisnya, termasuk menawan saintis yang menunaikan haji di Mekah. Kini Iran sudah dapat mencabar kuasa besar dunia dari sudut teknologinya .
Akhirnya Syria memberi kemudahan pangkalan hadapan kepada perjuangan Palestin menentang Israel. Hamas dan Tanzim Jihad yang terbesar dan paling banyak mendapat manafaat dan kemudahan di Syria. Iran menjadi penyumbang paling besar kepada Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah kumpulan Syiah di Lubnan juga mendapat kemudahan, sehingga menggagalkan operasi ketenteraan Israel di Gaza dan Selatan Lubnan. Semua Negara Arab yang menyokong perjanjian damai dengan Israel secara terbuka atau rahsia tidak mendukung perjuangan di Gaza dan Selatan Lubnan.
Banyak media Timur dan Barat mendedahkan betapa krisis Syria membesar dengan bantuan senjata Barat melalui Nato di Turki di sebelah Utara dan di Selatannya Israel. Selepas itu disokong oleh kenyataan Bush, selepasnya Obama dan mereka yang berada dibawahnya. Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu.
Kumpulan pelampau itu akhirnya dapat menawan sebahagian kawasan minyak di Iraq dan Syria, serta laluan pasaran gelap di Utara dan Selatan. Tentera Bersekutu Barat yang sudah diberi tapak pangkalan di seluruh negara Teluk yang berserban itu lebih bertarik tali untuk mengekalkan keadaan yang menguntungkan mereka dan menjamin keselamatan Israel sebagai paksi utama Gerakan Zionis dengan mempengaruhi politik, ekonomi, media dan lain-lain.
Allah tidak mengizinkan keadaan terus menjadi ancaman kepada Islam walaupun secara senyap. Kadang-kadang perubahan dilakukan oleh keadaan pertembungan di kalangan bukan Islam dan pihak zalim, apabila Islam yang lemah tidak mampu melakukan perubahan. Sepertimana sejarah Parsi Majusi menghancurkan Yahudi di Palestin yang zalim membunuh para Nabi dan ulama soleh.
Keadaan kini berubah apabila Kristian Ortodok yang dibelasah komunis Yahudi. Karl Marx bertembung dengan Kristian Katholik dan Protestan di Amerika dan Eropah bergabung dengan Zionis Yahudi yang mempertahankan Israel. Apabila krisis Ukraine menjadi titik pertembungan sehingga pesawat MAS menjadi mangsa. Peristiwa pesawat kita tenggelam laksana pelanduk yang mati di tengah gajah yang bertarung. Keadaan bertukar kepada ketegangan yang memberi tempat kepada Rusia bertapak di Tarsus Syria menjadi pangkalan tentera Rusia, satu-satunya ruang ke laut lepas. Keadaan ini mengubah neraca politik dan ketenteraan yang melemahkan Barat yang melindungi ISIS dan kumpulannya. Soalannya, di mana Negara Arab yang berlindung di belakang kuasa Barat dan Zionis?
Tekanan melalui serangan Negara Teluk ke atas Yaman di laluan ke laut Merah, diisytiharkan di Washington dengan lesen PBB tidak mencapai tujuan sehinga kini. Lawatan Pengarah Kajian Strategik Arab Saudi (Anwar Asyqi) ke Israel menunjukkan “kegelabahan” Negara Arab. Lebih gelabah lagi baru dua minggu Perdana Menteri British menjadi peserta Sidang Kemuncak Negara Teluk di Bahrain dengan resolusi menghadapi ancaman Iran, sehingga Israel dianggap tidak menjadi ancaman.
Semua perkara ini sepatutnya boleh menjadi jawapan disebalik Aleppo yang terbakar itu.
Seterusnya kenangilah sejarah kejatuhan Islam di Andalusia yang ditangguhkan beberapa abad apabila salah seorang Raja Islam di Andalusia mengejutkan semua Raja yang tidak mahu menjemput Raja Ibnu Abbad dari Morocco kerana takutkan raja itu akan merampas takhta mereka. Apabila seorang raja yang beriman itu bertitah: “Beta lebih rela menjadi gembala kambing dan unta Ibnu Abbad daripada menjadi gembala babi Raja Kristian yang datang menakluk.”
Setahu saya Iran tidak membuat kenyataan untuk mengeksport Revolusi Islam Syiahnya. Iran hanya mengajak Negara Arab yang berjiran itu bersatu menentang Israel dan membebaskan diri mereka daripada kuasa asing.
Mengapa Mazhab Syiah di dalam masyarakat Sunni yang sudah wujud lebih daripada seribu tahun itu tidak pernah menghalang kemajuan Islam di seluruh pelusuk dunia, tiba-tiba kini ditiupkan api permusuhan untuk menumpahkan darah dalam umat yang satu kiblatnya? Dahulunya berkhilaf secara ilmu sahaja tanpa berpisah dalam satu umat, tiba-tiba sekarang dianggap seperti agama yang berbeza.
PAS adalah Melayu Islam yang tidak mudah lupa. Ketika berlakunya Perang Teluk yang pertama 1980, apabila Saddam Husain menyerang Iran dengan bantuan negara Barat dan Negara-Negara Arab, PAS menyokong Iran, lalu kami dituduh sudah menjadi Syiah. Selepasnya Saddam berpaling tadah menyerang Kuwait, Negara-negara Arab menjemput bala tentera Amerika dan sekutunya menyerang Iraq. PAS menentang jemputan yang haram itu dan berpihak kepada menentang campur tangan asing bersama semua Parti Islam, bukan kerana sudah masuk Parti Baath bersama Saddam.
Sebabnya ialah kami membaca politik di lapangan antarabangsa, bukan hanya membaca kitab dan media sosial di atas meja dalam bilik yang sempit.
“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
20 Rabiul Awwal 1438 | 20 Disember 2016

Sunday, 18 December 2016

Dakwah melalui penulisan

Dakwah Melalui Penulisan

Dakwah melalui penulisan ini bukanlah suatu perkara yang baru. Bahkan ianya sudahpun dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW selepas baginda pulang dari Hudaibiyyah lalu mengutuskan surat kepada para Raja untuk menyeru mereka kepada Islam.  Ini adalah bukti bahawa pendekatan yang dilakukan oleh Rasullulah melalui tulisan merupakan salah satu cara untuk menyampaikan dakwah.  Itu adalah merupakan satu kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah Saw  yang perlu difahami untuk dikembangkan.

Dakwah melalui penulisan ini seharusnya difahami kerana ia cukup luas. Tulisan  bukan lagi berbentuk surat seperti yang dilakukan oleh Rasulullah tetapi ianya mencakupi pelbagai cara lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknolologi yang ada sekarang ini seperti telegram, whatsApp, facebook, wechat dan sebagainya.  Seharusnya para pendakwah mengambil peluang ini supaya apa yang nak disampaikan kepada masyarakat dapat dikembangkan dan disebar luaskan lagi.

Kepesatan dan perkembangan teknologi sekarang ini seharusnya mendorong aktiviti dakwah  melalui penulisan berkembang dengan lebih luas lagi. Dengan kata lain kita seharusnya menggunakan sebaik mungkin teknologi yang ada dalam menyebarkan Islam. Ditambah pula  dengan statistik menunjukkan rakyat Malaysia menghabiskan masa 3 hingga 5 jam sehari dia alam maya.

 Melalui penulisan juga menjadikan apa yang disampaikan berkekalan berbanding  penyampaian lisan. Mungkin pendengar akan melupai apa mereka dengar tetapi melaui penulisan menyebabakan ianya akan diigati selagi tulisan itu tidak hilang. Para penulis harus memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada para pembaca. Berikan kepada mereka sesuatu yang berilmu serta dapat  merangsang kecenderungan untuk berfikir.


Tetapi harus diingat, kita hendaklah berlaku jujur dengan apa yang ditulis. Bila kita mengemukakan fakta, biarlah fakta itu tepat dan betul. Bila kita memberikan hujjah ataupun dalil, biarlah dalil itu bertetapan dengan apa benda yang dibincangkan. Bukan sewenang-wenangnya kita meletakan sesuatu perkara tanpa ada sandaran atau asas yang kukuh. Jika perkara ini berlaku dibimbangi akan menyebabkan berlaku salah faham masyarakat terhadap Islam yang mana menyalahi objektif asal berdakwah iaitu menyebarkan keindahan Islam. Wallahua’lam

Friday, 25 November 2016

Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014









Sesiapa yang mahu data ini boleh email kepada saya

Tuesday, 1 November 2016

Tujuh cara fokus dalam belajar

7 Cara Fokus Dalam Belajar: Rahsia Jadi Pelajar Terbaik

Nak berjaya memang tak mudah
Kena banyak ilmu. Dari belajar kita dapat banyak ilmu. Tapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus.
Apa jadi bila tak fokus?
Kita akan membazir masa. Contohnya, ada 2 jam untuk belajar tapi yang betul-betul kita fokus hanya 15 minit.
Mana hilang masa yang lain? Haaa, terbuang layan FB dan Whatsapp, berborak dengan kawan, tengok tv dan lain-lain. Akhirnya, tak tahu  2 jam tu dapat belajar apa je,
Orang yang tak fokus akan gagal. Setiap orang pernah gagal. Setiap kali gagal, kita perlu teruskan perjuangan. Muhasabah diri dan cari punca kenapa kita gagal. Seorang Motivator,  Puan Lyna Noh ada jawapan bagaimana BANGKIT dan muhasabah diri dari kegagalan.
Cara nak fokus boleh belajar. Penting sangat kita tahu cara betul untuk fokus. Lebih Fokus, lebih banyak masa effektif kita, lebih banyak kita belajar dan tak mudah panik di saat-saat akhir.

Jom Semak 7 Cara untuk Fokus dalam Belajar.

Cara #1: Cari tempat belajar yang sesuai.

Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.

Cara #2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.
Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya. Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.
Cara #3: Cari teman belajar
Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.
Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!

Tips pilih teman belajar:

1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert (suka bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka berbual.

2) Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.

Cara #4: Pilih snek sesuai

Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas, mungkin kekacang ringkas juga.

Cara  #5: Take 5

Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.

Tips berehat:
1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.

2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk recharge selepas proses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.


Cara #6: Rasakan Bahang Motivasi

Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan,

Tips kekal motivasi:

1) Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai.

2) Sogok dengan hadiah. Diri kita juga akan terdorong untuk fokus belajar bila ada hadiah.

"Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku akan pergi belikan 2 pasang jeans untuk diri sendiri". Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?


3) Cakap pada diri sendiri yang belajar itu penting. Sentiasa ingatkan diri sendiri, dengan belajar anda boleh capai banyak benda baik. Mungkin dengan pencapaian yang baik, membolehkan anda mudah dapat kerja. Mungkin dengan 4.0 flet, anda tak perlu lagi bayar pinjaman pendidikan. Ingatkan sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda buat.


Cara #7: Duduk dan Belajar
Dah cuba cara 1 - Cara 6? Jadi, anda dah bersedia untuk belajar. Gunakan Flash card untuk tulis nota. Buat nota dalam bentuk poin penting supaya senang nak ingat. Susun ikut topik untuk mudah di baca

Guna mnemonic singkatan. Contoh jika nak ingat kod warna untuk perintang (Elektronik), anda boleh hafal ringkasan cerita HAJI PAK MAT ORANG KAYA HENDAK BELI UBI KAYU PUTIH di mana setiap huruf pertama dalam perkataan tersebut adalah mewakili warna perintang. Mudah nak ingat kan?

Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep penting perlu difahami sebelum mengingati tajuk kecil.



Cara belajar yang berkesan boleh jimatkan masa. Study Smart lebih baik dari Study Hard.

sumber : http://www.wikihow.com/Focus-on-Studying

Doa yang menyentuh hati


Doa yang Menyentuh Hati


اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم...بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين وبه نستعين والصلاة والسلام على رسولك ونبيك محمد صلى لله عليه وسلم
يا منزل الكتاب  ÙŠØ§ الله  ÙˆÙŠØ§ مجري السحاب  ÙŠØ§ الله   ويا هازم الاحزاب   يا الله  ويا منزل الرحمة  يا الله  اسمع دعائنا  يا الله  انك انت السميع العليم

Ya Allah kami mohon pada Mu Ya Allah, mengambil keberkatan majlis ilmu dalam program ini Ya Allah, di dalam majlis ilmu di mana di turunkan rahmat oleh Mu, dinaungi para malaikah, kami yakin dan sebenar-benar iman bahawa ia sedang terjadi Ya Allah, maka dengarlah doa ini yang maha mendengar as-Sami’ ya Allah dengarlah permintaan ini Ya Mujib Ya Allah.


Ya Allah ampunkan kami Ya Allah dalam majlis ini Ya Allah hinggakan apabila kami keluar dari majlis ini Ya Allah tiada lagi sebarang dosa walau setimbang zarah pun Ya Allah. Andai kata di kalangan kami ada yang gundah-gulana gembira ceriakan hidupnya, jika ada yang sakit sembuhkan semua sakitnya, jika ada yang menanggung keaiban tutup lah aibnya Ya Satar ul-Uyub, jika ada yang menanggung bebenan hutang-piutang rezekikan padanya rezeki yang halal lagi barakah banyak melimpah ruah dan berpanjangan hingga selesai kewajipannya dapat pula dia berzakat, berwakaf, berinfaq, berjariah ke jalan yang Engkau redhai, Ya Allah andai dia punya sebarang hajat dan permintaan pada Mu Ya Allah kabulkan permintaannya.

Ya Allah Huya Rahman Huya Rahim, ampunkan seorang wanita yang pernah kami tumpangi rahimnya, 9bulan 10 hari lamanya, wanita itu telah melahirkan kami hingga koyak isinya Ya Allah, luka kulitnya Ya Allah, tumpah darahnya Ya Allah, bercucuran air matanya menahan sakit dan derita, itulah ibu kami Ya Allah, demi Al Quran yang kami baca keberkatannya ampunkan ibu itu Ya Allah, ampunkan ibu yang tidak pernah kenyang makan minumnya kerana mengenyangkan kami, ampunkan ibu yang tidak pernah lena tidurnya kerana melenakan tiduran kami, ampunkan ibu yang tak nak berkisah langsung dengan sihat sakitnya kerana menjaga kebajikan kami, ampunkan ibu… mulia sungguh dirinya, sudi membasuh mencuci kotoran dan najis kami Ya Allah, tidak pernah pula dia mengungkit dan bersungut Ya Allah, ampunkan ibu yang tangan lembutnya selalu mengusap rambut dan juga wajah kami, hari ini wajahnya Nampak urat-urat tua memamah dirinya Ya Allah, Ya Allah ampunkan pula seorang lelaki yang di bin binti kan nama kami dengan namanya, itulah ayah kami Ya Allah, manusia yang mengajarkan kami “ash hadu alla ilaha illallah asyhadu anna muhammad rasulullah” dengannya kami kenal ketegasan di dunia ini, kami kenal peraturan dan manhaj hidup ini Ya Allah, kami kenal Engkau Tuhan kami, kami kenal Nabi Mu utusan Mu Ya Allah, kami kenal bahawa akidah yang sebenarnya mesti dipegang hingga akhir hayat kami Ya Allah, Ya Allah ampunkan ayah yang kami selalu tidak memahami dirinya, ampunkan ayah yang air matanya hanya  untuk Mu, resah gelisahnya diceritakan hanya pada Mu rahsianya hanya Engkau yang tahu, ampunkan ayah yang bertanya khabar melalui lisannya ibu, yang menghulurkan wang saku melalui lembutnya tangan ibu, yang selalu memandang kami ketawa kecil tersenyum lebar dari jauh tetapi pabila didekati wajahnya tegas mendidik kami Ya Allah, andai kata mereka berdua masih ada, Engkau sihatkan mereka, panjangkan umur mereka dalam kebajikan dan kewarasan ya Allah, tambah padanya ketabahan dan keimanan, ketaqwaan ya arrahman rahimi. Andai kata Engkau ingin mengambil dia mereka berdua dari kami, jangan Engkau sakiti mereka Ya Allah, jangan sakarat itu membebankan mereka Ya Allah, seperti mereka selalu mendodoi kami Ya Allah, lembutkanlah urusan itu Ya Allah. Andai mereka telah pergi bertemu dengan Mu lapangkan kuburan mereka, indahkan mereka dari kegelapan liang lahad ke dalam syurga Mu yang luas nya tidak terperi, kurniakan mereka nikmat yang abadi. 


رَبَّÙ†َا تَÙ‚َبَّÙ„ْ Ù…ِÙ†َّا Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø£َنتَ السَّÙ…ِيعُ الْعَÙ„ِيمُ Ùˆَتُبْ عَÙ„َÙŠْÙ†َØ¢ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø£َنتَ التَّÙˆَّابُ الرَّØ­ِيمُ  وصلي على 
سيدنا محمد وعلى اله وصحبه  وسلم والحمد لله رب العالمين

#Diambil dan diedit  daripada Rancangan Al-Kuliyyah Tv 3

How to be a Good trainer

How To Be a Good Trainer


1. Be knowledgeable: It is expected that as a trainer you know a lot about some things and be a subject matter expert in your area of specialization. But  it is also important to know a little about many things. Having a wider view of life makes the difference between a good and a great trainer.

2. Be curious: The common trait of all good trainers is that they are always curious and wanting to learn. In addition, super trainers are not afraid of learning from their learners!

3. Be accepting: As a trainer, you are likely to have a wide variety of participants who don't always learn in the same ways or at the same speed. Accept and embrace the differences and leverage the opportunities presented by diversity.

4. Be patient: Practice makes perfect and for a trainer patience makes super. It takes a lot of patience to teach and train others.

5. Be a role model: It is one thing to teach someone and another thing to follow what you teach! A super trainer always walks the talk. You have to practice what you preach and become a role model for your trainees.

6. Be a good listener: Most training is about listening rather than talking. We have 2 ears and 1 mouth, not vice versa :) A super trainer is always ready to listen - sometimes even listen things that are not being said.

7. Be challenging: A super trainer has to provide ample opportunities for trainees to feel challenged. Life is never boring with a super trainer around. There is something new waiting to be discovered.

8. Be entertaining: When you are a super trainer, the show must go on. A good training always involves feelings and emotions. Humor and entertainment go a long way in making a memorable session.

9. Be passionate: All super trainers are passionate about their area of expertise and about teaching others. There is a certain degree of positive energy and aura around great trainers. Remember, only passionate trainers can create passionate learners.

10. Be inspiring: As a super trainer, you must aspire to inspire. Every conversation with your learners is an opportunity to train and impact others in a positive way. Seize that opportunity and inspire your learners to do the impossible.


"The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires." - William Arthur Ward

Kuasa dan pengaruhnya dalam organisasi


Kuasa dan Pengaruhnya dalam Organisasi




Semua jawatan yang berada di puncak hierarki mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu yang tidak dimiliki oleh lapisan lain dalam organisasi. Salah satu dari keistimewaan yang diperolehi adalah kuasa. Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengemudi organisasi ‘secara keseluruhan’. ‘Secara keseluruhan, ini membawa maksud mengendalikan dan menguasai segala aset organisasi berupa material, sumber manusia dan keupayaan organisasi.
Kuasa meliputi pelbagai jenis dan peringkat seperti kuasa untuk membuat keputusan, kuasa untuk mengeluarkan arahan, kuasa untuk mengurniakan ganjaran dan hukuman, kuasa untuk melaksanakan apa jua perkara malah kuasa untuk menetapkan hala tuju sesebuah organisasi. Apabila menyebut tentang konsep kuasa, kuasa secara umumnya terbahagi kepada dua.
Kuasa yang pertama di gelar ‘authorisation power’ atau kuasa autoriti. Kuasa ini dinikmati apabila seseorang itu menduduki jawatan pemimpin utama. Dengan adanya kuasa ini pemimpin mampu melakukan apa yang dia mahu, mengendalikan kuasa berdasarkan apa yang dirasakannya sesuai dan buruk baik organisasi itu bergantung pada kemampuannya menggunakan kuasa untuk tujuan yang bermanfaat ataupun sebaliknya.
Dalam memimpin organisasi, kewujudan perkara-perkara yang meliputi kerjasama, kesetiaan , ‘obligation of the subordinate to present the best’ dari subordinat dan perkara-perkara yang berkaitan bergantung kepada baik atau buruknya pemimpin dalam mengendalikan kuasanya. Jika organisasi dipimpin dengan baik dan kuasa digunakan pada tempat sewajarnya, soal di atas tidak akan timbul, tetapi jika kuasa dan organisasi tidak diurus dengan baik, maka pemimpin masih tetap boleh memimpin tetapi ‘ketundukan menyeluruh subordinat’ tidak akan diperolehinya.
Kuasa yang kedua di gelar sebagai ‘legitimate power’ atau kuasa keabsahan. Bagaimana seorang pemimpin dapat memperolehi kuasa keabsahan ini? Kuasa keabsahan adalah satu bentuk kuasa yang bersifat menyeluruh. Selain dari kuasa yang diperolehi dari jawatan yang disandang, kuasa keabsahan hanya mampu diperolehi sekiranya seorang pemimpin mempunyai pengetahuan, mempraktikkan ilmunya dan dikongsi bersama, iman yang menjaga kaki dan tangan pemimpin, karisma yang terbentuk dari pelbagai elemen seperti perwatakan, keikhlasan, ketenangan, penampilan peribadi secara keseluruhan dan pelbagai lagi.
Dengan kuasa keabsahan ini, pemimpin tidak sukar untuk mengendalikan organisasi kerana mendapat kesetiaan menyeluruh berdasasrkan rasa hormat, kagum dan keinginan seluruh organisasi untuk memberikan khidmat yang terbaik kerana subordinat amat mengerti bahawa mereka dipimpin oleh orang yang benar-benar berwibawa. Kuasa keabsahan ini hanya diperolehi oleh pemimpin yang menjadikan elemen-elemen yang disebutkan di atas sebagai amalan sepanjang kehadirannya di sesebuah organisasi .

Oleh: M. Fauzi

Monday, 24 October 2016

Pengembaraan Imam Nawawi




PENGEMBARAAN IMAM NAWAWI

Kerana kecergasan dan kebaikan yang ada pada  Imam Nawawi dari sejak kecil lagi telah diramal oleh ulama, akan menjadi penegak agama. ketika sedang duduk dengan ayahnya, beliau dinasihati supaya rajin membaca al-quran , maka bermulalah beliau menghafal al-quran sambil mendekati para ulama untuk meneladani  akhlak dan kebiasan mereka. Kebiasaan bermain ditinggalkan oleh Imam Nawawi  walaupun telah diajak  oleh kawan-kawan beliau sehingga beliau menangis kerana dipaksa untuk bermain.


Ketika umur 19 tahun Imam Nawawi  dibawa oleh ayahnya ke Damsyik (Syria) untuk menuntut ilmu di al-Madrasah  Al-Rawahiyyah. Di sini, beliau menghafal kitab Tanbih al-Syirazi dalam masa 4 bulan setengah dan menghabiskan bakinya digunakan untuk menghafal satu perempat daripada  kitab al-Muhazzab iaitu dalam bab ibadat.


BELAJAR 12 SUBJEK SEHARI

Beliau belajar dari pagi hingga ke malam. Beliau belajar 12 subjek dalam sehari, meliputi pelbagai disiplin ilmu dengan ramai guru. Kebetulan pada zaman beliau, ramai ilmuan terkenal. Jadual beliau yang begitu padat dalam belajar ini, di samping  banyak masa dihabiskan dengan mengarang, memberi komentar, menghurai atau beribadah pada waktu tengah malam sehingga tiada waktu untuk aktiviti-aktiviti lain.

Murid Imam Nawawi iaitu, Ibnu al-‘Attar ada menceritakan tentang Imam Nawawi ketika berada di alam pengajian. Setiap hari, Imam Nawawi menghadiri  12 kelas pengajian dengan gurunya ; dua kelas mempelajari kitab al-wasit karya Imam Ghazali, satu kelas kitab al-Muhazzab karya as-Syairazi, satu kelas kitab al-Jam’u baina as- shahihain karya al-Humaidi, satu kelas kitab shahih Muslim, satu kelas kitab al-Luma’ karangan Ibnu Jinni dalam Ilmu Nahu, satu kelas kitab Islah Mantiq karangan Ibnu as-Sikkit dalam ilmu lughah, satu kelas pengajian soraf, satu kelas pengajian Usul Fiqh, satu kelas pengajian Asma’ al-Rijal dan satu kelas dalam pengajian Usuluddin. Kemudian beliau  membuat semua catatan gurunya dan mensyarahkan sesuatu kemusykilan atau menerangkan ungkapan  dan  istilah yang susah untuk difahami.

Gemar beliau kepada ilmu mengatasi yang lain. Justeru, tidak pelik dalam jangka waktu sekitar 6 tahun sahaja belajar, Imam Nawawi sudah menguasai pelbagai disiplin ilmu. Kegigihan beliau dalam belajar membuatkan beliau tidak sempat untuk berfikir tentang soal perkahwinan. Beliau meninggal dalam usia yang begitu muda, iaitu pada usia 45 tahun dalam keadaan masih bujang, tetapi meninggalkan legasi ilmu warisan beliau bermanfaat dan terus dijadikan panduan hingga zaman ini.


KARYA-KARYA IMAM NAWAWI

DALAM BIDANG HADIS

·         Al-Arba'in An-Nawawiyah
·         Riyadhus Shalihin.
·         Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim)
·         At-Taqrib wat Taysir fi Ma’rifat Sunan Al-Basyirin Nadzir


DALAM BIDANG FIQH

·         Minhaj ath-Thalibin
·         Raudhatuth Thalibin,
·         Al-Majmu` Syarhul Muhazzab
·         Matan al-Idhah fi al-Manasik  

DALAM BIDANG BAHASA

·         Tahzibul Asma’ wal Lughat.


DALAM BIDANG AKHLAK

·         At-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran
·         Bustanul Arifin,
·         Al-Azkar

KARYA IMAM NAWAWI DAN LAIN-LAIN

·         Tahzib al-Asma
·         Ma Tamas Ilaihi Hajah al-Qari li Shahih al-Bukhari
·         Tahrir al-Tanbih
·         Adab al-Fatwa wa al-Mufti wa al-Mustafti
·         At-Tarkhis bi al-Qiyam


Selepas imam Nawawi meninggal dunia, sebelum sempat menyiapkan kitabnya yang terkenal, al-Majmu’, beberapa orang sarjana Islam menyambung penulisannya. Antaranya Syeikh Taqiyuddin as-Subki. Beliau menyebut satu perkara penting tentang rahsia kehebatan Imam Nawawi dalam menghasilkan karya penulisan. Kata beliau, untuk menulis seperti hebatnya Imam nawawi menulis, memerlukan 3 perkara, iaitu :

  • Faragh al-bal wattisa’ azzaman (akal yang tidak banyak memikir hal lain dan kelapangan masa). Imam Nawawi memenuhi ciri tersebut kerana beliau tidak beisteri  dan bekeluarga.
  • Mengumpulkan semua kitab yang boleh membantu meneliti pandangan-pandangan para ilmuan dan sarjana Islam. Imam Nawawi berjaya melakukan yang demikian kerana kemudahan yang ada di tempatnya pada masa itu.
  • Niat yang baik, bersifat wara’ dan zuhud serta  amal soleh yang menyinari hidupnya. Keikhlasan ini adalah  asas utama dalam hidup beliau dalam memastikan apa yang beliau lakukan semata-mata hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

KEWARAKAN IMAM NAWAWI

Imam Nawawi dalam menjaga kesucian ilmunya, beliau amat menjaga dalam makan dan minum serta tidak menggunakan sebarangan barang dan dalam hal-hal yang lain. Beliau hanya makan makanan yang disediakan oleh pihak Madrasah al-Rawahiyyah ataupu makanan yang dikirim oleh ayah dari kampung. Kadang-kadang, dengan rezeki tidak banyak itu, beliau jugamasih lagi bersedekah kepada fakir miskin. Pada waktu malam digunakan untuk beribadat kepada Allah serta mengarang kitab.


RUJUKAN

1.      Drs. Tarmana Ahmad Qosim, Menjaga Kemulian Al-Quran Adab dan Tata-Caranya, Bandung : Penerbit  Al-Bayan,1996
2.      Hairul Idham @ Ramadhan Awang  et al., Pewaris Anbia Personaliti Tersohor Sejak 571 Hingga Kini, Percetakan Zafar Sdn Bhd, 2013.
3.      Muhammad Hafiz Mat Tajuddin, Personaliti Ilmuan Islam Berjaya, Kuala Lumpur : Pelima Media Sdn Bhd, 2012.

4.      Syed Ahmad Semait, Tata-Tertib Pengajian Al-Quran, Singapura : Pustaka Nasional Ptle Ltd Singapura, 1999.